Saturday, January 12, 2013

Sejarah Rumah


Pemilik asal rumah warisan Melaka ini merupakan Puan Rabiah Hamid yang beralamat di No 4027C, Bukit Palah, Melaka bandaraya bersejarah. Beliau merupakan generasi ketiga yang tinggal dirumah ini. Bahagian lama yang masih dikekalkan adalah dibahagian depan sehinggalah ke rantau. Atap asal rumah ini dahulunya adalah nipah namun telah ditukar atas sebab sebab masalah yang tertentu. Rumah ini juga mempunyai ukiran bunga bungaan, kumbang kumbang serta daun daun. Rumah ini berukuran 1300 kaki persegi mengikut kos kasar bangunan.



Lokasinya yang menarik ditepi jalanraya lebuhraya dan berhampiran dengan bandar sejauh 1.5km menjadikan rumah ini sebagai rumah warisan Melaka yang wajar untuk dikunjungi. Rumah warisan ini sering mendapat perhatian ramai sehinggakan ada yang menjalankan penggambaran rancangan televisyen bercorak majalah serta penggambaran filem filem dan video klip.



Asal usul rumah ini diberikan sebagai 'Rumah Warisan' adalah bermula dari pertandingan kebersihan pada 10 tahun yang lalu. Memonopoli pertandingan itu lalu Ketua Menteri Melaka,
iaitu Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam menawarkan untuk menjadikan rumah ini sebagai rumah warisan Melaka. Maka, rumah ini dijadikan sebagai anak angkat kepada PRISM.

No comments:

Post a Comment